Friday, 28 October 2011

Homestay adalah suatu Industri

Homestay sebagaimana tajuk posting ini adalah suatu Industri. Ia sedang berkembang dengan begitu pesat dengan dorongan dan beberapa inisiatif yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan. Tetapi dalam Belanjawan 2012 yang baru dibentangkan oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini, tidak ada langkah atau initiatif dalam bentuk galakan pelaburan, insentif percukaian yang kelihatan, hanya mungkin ia berada dalam bentuk pakej galakan pelancungan yang di pelopori oleh kerajaan. Walaubagaimanapun, saya sebagai orang baru yang mula berkecimpung dalam Industri Homestay secara berskala kecil akan cuba menerobos, meneroka dan mengkaji Industri Homestay ini dan berkongsi pendapat, pengetahuan dan pengalaman saya bersama-sama tuan-tuan agar memperoleh munafaat yang besar dalam perniagaan Homestay.

Sekiranya anda berminat dengan Homestay untuk tujuan kenduri kahwin dalam cuti persekolahan nanti sila hubungi Shafi 013-4411332/011-18311332/03-41616161. Sewa hanya RM160.00.

1 comment:

  1. Salam. Jom kita sama-sama beri pandangan, maklumat,pengetahuan dan pengalaman tentang perniagaan Homestay supaya kita dapat membentuk komuniti perniagaan Homestay yang berjaya dan terus berkembang....

    ReplyDelete